Categories
Tidur

The Little Red Dot – Backpacker’s Hostel

The Little Red Dot yang terletak di Lavender Street, Singapura ni adalah tempat penginapan untuk backpacker. Ia buka pada bila-bila masa sahaja. Datang je, mesti buka. Cuma, buatlah tempahan dulu, kot lah penuh (terutama hari minggu). Penat je kang.

The Little Red Dot

The Little Red Dot

Julat harga bilik (per pax) dalam S$10 – S$30,  lebih kurang  RM25 – RM75. Kami ambil dorm (mixed dan perempuan sahaja) dengan harga S$26 (guna Agoda). Setakat yang aku tahu, hanya 2 jenis bilik yang ditawarkan oleh The Little Red Dot; Dorm dan Capsule Bed (maaf, tiada gambar bilik).

Kaunter
Kaunter

The Little Red Dot

Sarapan pagi disediakan – roti dan kopi atau teh (boleh tambah, takde cas), nak berat-berat mungkin kena cas lebih.

Sarapan pagi
Ini pun dah kenyang

Apa yang menarik tentang The Little Red Dot;

  • Pekerja yang sangat mesra dan sangat membantu. Tanya apa sahaja tentang Singapura, mereka akan cuba tolong.
  • Ada welcome drink. Jangan risau, mereka sediakan teh bunga. Bukan beer seperti mana yang ada antara kami sangkakan. :D
  • Tandas yang bersih (ada air panas dan sejuk) – ini sangat penting.
  • Persekitaran yang santai – ada ruang outdoor (taman mini) untuk lepak-lepak dan minum kopi.
  • Kemudahan kerusi urut
  • Internet berkelajuan tinggi (WiFi of course!).
  • Ruang bacaan.
  • ..dan banyak lagi.

Dapur

The Little Red Dot

Ruang outdoor
Ruang outdoor
Taman mini
Taman mini

The Little Red Dot

Tandas dan bilik mandi
Tandas dan bilik mandi
Internet dan ruang bacaan
Internet dan ruang bacaan
Ruang tamu
Ruang tamu

The Little Red Dot

Tak lupa, pada siapa yang bawa kenderaan sendiri, ada public parking sebelah kanan The Little Red Dot (sebelah Hamilton Street). Selepas jam 5, hari minggu dan cuti umum, tiada bayaran dikenakan. Hari biasa, s$0.50 setiap setengah jam.

Ruang parking
Ruang parking

Selain itu, pemilik kenderaan juga boleh meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan yang bergarisan kuning (tidak berkembar) sepanjang hari (Ahad sahaja kalau tak silap).

The Little Red Dot

Selain kenderaan sendiri, boleh guna;

  • Subway / Train / Metro – Berhenti di Lavender Station. 10 minit berjalan ke Hamilton Street
  • Teksi – Berhenti dekat Hamilton Street atau Hotel Aqueen atau Lavender Bus Terminal to Malaysia.
Cari Jalan Ampas lah! Bukan Jalan Ampang
Cari Jalan Ampas lah! Bukan Jalan Ampang

Nanti aku sambung cerita pasal Jalan Ampas. Selamat beristirahat!

GPS koordinat : 1.312135, 103.861559
Alamat : 125 Lavender Street Singapore, Singapore 338734.

1 reply on “The Little Red Dot – Backpacker’s Hostel”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge