Categories
Tips

Tips-tips backpacking

Salam sejahtera,

Asyik sangat cerita pasal makan, pasal berjalan, tak ingat yang nak ber-backpack ni ada juga tips-tipsnya. Ini untuk memastikan perjalanan kita lancar, kurang masalah dan bebas tekanan.

Ok, kat sini ada beberapa tips untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan aktiviti backpacking ni. Ni bukan syarat, tapi cuma asas panduan.

Terima kasih Malaysia Backpacker. Ok voyager, let’s begin.

1 – Beg

Beg adalah sangat penting. Walaupun backpacking ni aktiviti bajet rendah, tak semestinya semua benda kita kena berkira. Terutama, beg. Beg yang nak kita pakai mesti la atas dasar keselesaan kita, biasanya. Antara ciri lain diambil kira, berat tanggungan. Bergantung juga pada fokus perjalanan/percutian kita.

Sebelum beli, kita kena tengok juga jenama beg tu. Biarlah beli dari jenama yang kita tahu akan kualiti dan memang diakui ramai – biasa, barang murah, cepatlah rosaknya.

dari http://www.campist.com – gambar hiasan

2 – Barang penting

Setiap backpacker perlu ada barang ni;

  • Flip flop (selipar getah) : benda yang mesti ada, untuk kegunaan di tempat mandi yang dikongsi ramai orang. Ingat, pakej backpack bukan bilik mandi ada jacuzi.
  • Sarung bantal : penting sebab, bukan semua tempat kita pergi akan menyediakan bantal yang putih suci murni. Sekurangnya, tertutuplah segala aib bantal tersebut. Dan juga, sarung bantal, pada akhir perjalanan nanti, boleh buat bungkus kain baju kotor.
  • Beg duit lebih : Pencuri ada di mana sahaja, mahupun di tempat kita menginap. Mereka tidak pernah tidur. Asingkan duit kita kepada beberapa wallet adalah salah satu usaha bijak untuk kurangkan risiko kita hilang semua duit kita dalam satu wallet, andainya kita jadi mangsa.
  • Beg jimat ruang : membolehkan lebih banyak barang disekalikan ke dalam ruang yang kecil. Ada jual ni kat kedai jual barangan outdoor/camping.
dari www.stylegirlfriend.com

3 – Packing smart

Cara kita menyusun baju ke dalam beg juga boleh menjimatkan ruang. Selain dari melipat baju, cara lain adalah dengan menggulungkannya. Ini juga untuk mengelakkan dari kedutan. Gunakan beg zip-lock utk simpan kasut atau stoking terpakai. Untuk elakkan bau pun, ye juga. Ubatan asas dan dukumen penting mesti dibawa bersama, simpan dalam beg yang sentiasa dengan kita, bukan dalam bag pakaian atau sebagainya.

Semasa menyusun barang keperluan kembara ke dalam beg, susunlah ikut susunan mana yang kita akan pakai dulu di atas. Nak susun ikut suka pun boleh, lepas tu gelabah cari.

dari www.m4gnum.com – zip-lock bag
dari www.brightwellpkg.com – beg zip-lock mengikut saiz

4 –Travelling wallet

Ni alternatif untuk backpackers. Simpan segala benda penting dalam ni, termasuklah duit dan dokumen penting lain. Walaubagaimana pun, untuk dokumen, rajinkanlah buat salinan. Satu simpan dalam traveling wallet satu simpan dalam beg pakaian.

dari http://www.hotref.com – gambar hiasan

5 – Jurnal perjalanan (travelogue)

Tak semua orang buat benda ni. Kira macam buku log pun ada, live blog pun ada. Setiap kenangan yang kita kutip sepanjang percutian/perjalanan, kita boleh simpan dalam bentuk tulisan tangan menerusi buku jurnal atau menggunakan perkakasan elektronik seperti smartphone, tablet atau notebook menerusi applikasi khas.

Pentingnya jurnal perjalanan adalah, untuk kita buat rujukan semula. Lebih kurang diari lah ni.

dari http://trustypony.com – gambar hiasan

6 – “Kotorkan” sikit barang kita

Agak pelik sikit. Maksudnya, jangan nampak sangat barang kita tu ada bau kedai. Pencopet lagi suka benda-benda nampak baru ni. Macam disebut kat atas tadi, mereka ada di mana sahaja. Antara sebab lain, barang yang nampak baru juga menunjukkan yang kita pun macam baru berjinak-jinak nak berbackpack ni.

Jika dalam keretapi atau bas yang perjalanan ambil masa yang lama, bawa beg kita tu tidur sekali. Peluklah, pedulikan orang kiri kanan. Barang kita, peduli apa kita, kan?

7 – Maklumkan kehadiran

Kalau kita berjalan/mengembara/melancong, maklumkanlah kepada sekurangnya seorang kenalan kita. Beritahu ke mana lokasi, waktu dan berapa hari. Simpan sebarang nombor telefon, alamat email, atau apa-apa medium perhubungan dengan jelas bagi mempermudahkan keadaan sekiranya berlaku kecemasan.

Bila sampai satu-satu tempat, beritahu pada keluarga atau orang yang rapat, kurang sikit kebimbangan mereka. Sekarang pun ada applikasi Forsquare. Check-in, post ke Facebook atau Twitter.

dari http://foursquarestore.com

8 – Buat baik berpada-pada

Ini penting. Melancong atau mengembara dengan kadar kewangan yang minimum ni juga punyai risiko yang tersendiri. Terutama terhadap persekitaran. Jangan menawarkan atau menerima apa-apa dari sesiapa – perkara penting yang ditegaskan untuk melancong lebih-lebih lagi aktiviti backpacking.

Backpacker, cenderung untuk melakukan satu-satu aktiviti dengan orang yang tidak dikenali sekaligus mewujudkan peluang untuk berkenalan dengan lebih mesra atau rapat dengan mereka. Walaubagaimana pun, kita perlu berhati-hati. Tidak semua orang boleh kita percaya. Lebih lagi pada mereka yang mengembara secara sendiri/solo.

9 – Keselamatan dalam kumpulan

Lebih besar ahli satu-satu kumpulan adalah lebih bagus, itupun jika ketua kumpulan pandai mengawal, jika tidak ia akan jadi menyusahkan. Tapi, sekiranya kita berjalan secara solo, detik perkenalan yang kita wujudkan sepanjang perjalanan, juga berguna. Elakkan dari berjalan pada waktu malam, walaupun ia menjimatkan satu malam untuk penginapan, waktu inilah paling tinggi risiko kita menjadi mangsa jenayah.

10 – Peti Bantuan Kecemasan (First Aid Kits)

“Don’t leave home without it” . Dalam setiap kumpulan atau individu diharuskan membawa sekurang-kurangnya 1 peti bantuan kecemasan.  Cukuplah dengan beberapa  tablet panadol, minyak sapu, pil cirit birit, minyak cap kapak, kapas dan beberapa ubat-ubatan yang dirasakan perlu.  Pastikan peti bantuan kecemasan anda tidak mudah diresapi air. Beg zip-lock berguna untuk tujuan ni.

Itulah beberapa tips yang sempat dikongsikan bersama.

Tak perlu ditanya apa seronoknya berjalan-jalan ke tempat orang. Rasa dulu, dah tahu, cerita. Bak kata pepatah, hanya jauhari mengenal manikam.

Selamat ber-backpack! :)

*kalau ada tips tambahan, silalah tambah.

5 replies on “Tips-tips backpacking”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge