Categories
Makan

Warung Pok Nong

Salam Sejahtera,

Kita ke Kuala Terengganu, layan sotong celup tepung, uli-uli, rendam minyak panas, tos, makan!

Ni dia..! Ni dia..! *riak wajah bangga jahat nak mati*
Ni dia..! Ni dia..! *riak wajah bangga jahat nak mati dapat tangkap sekor sotong*
Warung Pok Nong
Ngahahaha.. Mati kau! Mati kau! *gelak jahat*
Kriukk! Kriukk! kuuukk.. *sotong menggeliat sebelum mati*
Kriukk! Kriukk! kuuukk.. *sotong menggeliat sebelum mati*
Warung Pok Nong
Gah! Gah! Kerat 82. Bungkus.

Lokasinya, Kampung Mengabang Telipot, Kuala Terengganu, sebuah perkampungan nelayan. Tak susah mana nak cari kedainya sebab ada henset canggih masing-masing. Google Map je.

Warung Pok Nong
Sampai!

Kedai ni betul-betul tepi pantai, dipisahkan oleh sebatang jalan. Lepas makan, boleh terguling tertonggeng kat pantai.

Tak tahu pulak pernah masuk Jalan-jalan Cari Makan TV3. Patutlah ramai orang.

Warung Pok Nong

Bukan setakat sotong je, udang, ikan dengan keropok lekor pun ada. Selain tu, ada juga ABC dengan air jagung parut (takde gambar -.-).

Kedai ni layan diri. Udang, ikan atau sotong yang dah digoreng, dilonggok dalam bekas atas meja.

Warung Pok Nong

Warung Pok Nong

Maka, berebutlah pelanggan-pelanggan yang kelaparan, macam dubuk rebut makanan. *tepuk dahi*.

Warung Pok Nong
Bayangkan keadaannya…
Warung Pok Nong
bak kato oghang, tak selegheh!

Mungkin ini salah satu daya tarikan, dan gua akui bahawa formula ini menjadi. Walau bagaimanapun, gua beranggapan ia tak sesuai dengan nilai atau budaya ketimuran yang selalu diketengahkan atau ditekankan oleh masyarakat setempat.

Atau, pendapat gua yang lain. Mungkin pemilik kedai sedang mencari-cari mekanisma yang sesuai untuk memudahkan pengunjung mengambil makanan tanpa perlu berebut-rebut macam dubuk. Mungkin perlaksanaannya sedikit lewat. Mungkin.

Warung Pok Nong

Atau, sistemnya ada. Tapi diabaikan.

Tapi, gua tak salahkan tokey kedai. Gua salahkan pengunjung. Sebab, nak educate orang guna common sense ni, sangat susah. Lebih lagi yang jenis terlebih belajar. Oklah, gua dah merepek. Korang boleh singgah tengok.

Apa pun, you gotta try this place. Memang akan mimpi nak datang baliklah kate orang. Ok. Tata!

Warung Pok Nong

GPS coordinate: 5.428023,103.072854

 

6 replies on “Warung Pok Nong”

bagi saya, sotong dia kurang umphh la. rasa tawar dan liat sikit.
sotong besar katakan~
mungkin akan singgah lagi inshaallah. makan udang dan ikan je kot. ;P

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge