Categories
Tidur

Teluk Senangin, Lumut Perak.

Orang kata kalau nak ‘Town Escape‘ cari tempat yang betul-betul jauh dari bandar. Jadi kali ni, aku ke Teluk Senangin bersama keluarga. Itupun lepas di introduce oleh sorang makcik yang pernah bercuti di situ. Katanyer, tempat ni sesuai untuk percutian keluarga. Aku pun cuba.

Yeob Bay Hotel & Resort
Yeob Bay Hotel & Resort

Oleh kerana aku bertolak dari Kuala Kangsar, jadi perjalanan tak mengambil masa yang lama. Lebih kurang 2 jam saje. Tapi kalau dari Kuala Lumpur, aku anggarkan lebih kurang 3 jam lebih tempoh perjalanan dengan kereta.

Disebabkan makcik aku kata, tempat tu seronok kalau memancing atau kutip hasil laut bila air surut, jadi aku dan ahli keluarga bukan main teruja beli joran siap-siap dengan umpan. Harapan untuk dapat hasil tangkapan memang tinggi juga lah kan. Maklumlah, bukan selalu.

Sebelum pergi, aku dah siap-siap booking hotel di “Yeob Bay Hotel & Resort”. Hotel ni baru 6 bulan dibuka jadi jangan la harap perkhidmatan yang disediakan tu ‘tiptop’ setara dengan hotel 4 atau 5 bintang. Sebelum pergi pun aku dah survey siap-siap di internet untuk pastikan hotel tu selesa untuk percutian kami sekeluarga.

Bila sampai je, aku dah rasa perasaan jauh dari town tu macam mana sebab memang lokasi dia agak jauh dari kedai-kedai makan atau pekan-pekan kecil. Jadi korang dinasihatkan untuk membawa bekal makanan atau tanya pihak hotel sama ada boleh sediakan makanan sekali atau tidak, sebab kami cuma book untuk pakej 2 hari 1 malam dengan 1 kali sarapan. Untuk makan tengah hari dan makan malam, kami bawa dari rumah siap-siap dan kalau masih lapar, kami makan di restoran hotel tu saje.

Ini aku kongsikan sedikit gambaran hotel dan maklumat lanjut tentang hotel ni.

Pemandangan dari balcony bilik
Pemandangan dari balcony bilik dan kawasan parking
Standard Room
Standard Room
Pemandangan pantai pada pukul 5:00 petang
Pemandangan pantai pada pukul 5:00 petang
Pemandangan pantai pada pul 10:30 pagi (Sila abaikan aksi adik-adik aku ni)
Pemandangan pantai pada pukul 10:30 pagi (Sila abaikan aksi adik-adik aku ni)
Aktiviti pengunjung yang datang
Aktiviti pengunjung yang datang

Harga bilik:

  • Standard: RM 125
  • Superior: RM 140
  • Deluxe: RM 155
  • Joint : RM 240

– Harga termasuk sarapan pagi
– Tambahan RM 30 untuk weekend, public holiday dan cuti sekolah)

Kemudahan:

  • Penghawa dingin
  • Interconnecting Room
  • Restoran
  • Seaview Balcony

(Water heater belum ada sebab baru lah katekan. Jadi harap bertabah untuk mandi pagi hehe)

Untuk keterangan lanjut atau sebarang pertanyaan boleh lawati FB diorang kat sini –> FB/Yeobbay
Terima kasih dan selamat bercuti !

p/s : Aku nasihatkan kalau nak mandi hati-hati yer, sebab banyak batu karang yang tajam.

GPS koordinat : 4.311728, 100.574860
Alamat : LOT 586,JALAN TELUK SENANGIN,32200 Perak.
Tel : 05-688 0207

[google-map-v3 shortcodeid=”ac095e69″ width=”75%” height=”350″ zoom=”17″ maptype=”roadmap” mapalign=”center” directionhint=”false” language=”default” poweredby=”false” maptypecontrol=”true” pancontrol=”true” zoomcontrol=”true” scalecontrol=”true” streetviewcontrol=”true” scrollwheelcontrol=”false” draggable=”true” tiltfourtyfive=”false” enablegeolocationmarker=”false” enablemarkerclustering=”false” addmarkermashup=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkerlist=”4.311728, 100.574860{}communitycentre.png{}Teluk Senangin” bubbleautopan=”true” distanceunits=”miles” showbike=”false” showtraffic=”false” showpanoramio=”false”]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge